Monday, October 5, 2009

Kenali Dr. Gamat Anda

PENGASAS
Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri


Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri merupakan graduan lulusan Vrije Universiteit Brussels, Belgium di dalam bidang perubatan. Beliau berpengalaman luas sebagai pegawai perubatan dan pernah berkhidmat di Hospital Pulau Pinang serta Hospital Kangar, Perlis. Beliau memiliki klinik persendirian serta berkhidmat di rangkaian klinik swasta ternama di ibu negara.

Dr. Syid Ayob turut terlibat di dalam kajian dan penyelidikan perubatan di samping memberi khidmat nasihat dalam bidang rawatan alternatif di dalam majalah-majalah tempatan. Beliau kerap muncul di dalam media antaranya seperti Majalah 3, Bincang Petang, Agro Jurnal, Business Hari Ini, Money Tree dan lain-lain.

Sebagai seorang pakar di dalam rawatan perubatan moden dan alternatif, beliau bertanggungjawab mencetuskan formulasi terkini produk-produk berkualiti GESB menjadi satu sistem pemakanan kesihatan dan rangkaian produk penjagaan lengkap yang memiliki nilai belian hebat kepada pengguna.


Pesanan Pengasas :
MEMBURU IMPIAN GEMILANG MENERUSI GESB

Rakaniaga yang dihormati, sukacita kami mengalu-alukan keputusan anda untuk menyertai Gamat eMAS Sdn. Bhd. (GESB). Kami seluruh warga GESB akan merealisasikan impian anda menjadi rakaniaga MLM yang lebih sukses memacu kejayaan. Kami yakin dan percaya, langkah yang bakal dilalui bersama GESB akan menjadi satu titik permulaan dalam merubah kehidupan anda untuk membina kerjaya MLM yang lebih besar, kukuh, berintergriti dan berkekalan.

Sesungguhnya, GESB memiliki visi dan misi yang jelas untuk dimartabatkan sebagai sebuah syarikat MLM bumiputera yang terunggul di Malaysia. Alhamdulillah, sejajar dengan aspirasi murni ini, GESB kini telah berkembang pesat sebagai sebuah syarikat 100% bumiputera berjaya menjadi payung kepada usahawan tempatan dengan peningkatan jualan yang berlipat ganda selaras dengan peningkatan jumlah keahlian dari semasa ke semasa.

Rangkaian produk-produk GESB yang berasaskan ekstrak Gamat Emas (Stichopus hermanii) diakui mempunyai keberkesanan dan nilai terapeutik yang amat tinggi. Kami di GESB sentiasa menghasilkan produk-produk yang bukan sahaja untuk kegunaan peribadi bahkan, sesuai dijadikan sebagai sumber perniagaan yang komprehensif. Sebagai satu usaha untuk melestarikan khazanah warisan bangsa, produk-produk GESB dirintis oleh kekuatan formulasi berdasarkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang terkini agar bersesuaian dengan kehendak pasaran tempatan mahupun antarabangsa. Melalui jaminan halal, suci dan bersih oleh Jabatan Agama Islam, produk-produk GESB yang dihasilkan melalui dasar Amalan Perkilangan Baik (GMP), mampu memberikan keyakinan dan kepercayaan yang berterusan kepada pengguna. Insya-Allah, lebih banyak produk-produk tradisional selain gamat seperti ubi jaga dan pegaga yang mempunyai khasiat dan manfaat akan dikeluarkan di masa-masa hadapan.

Dari sudut perniagaan, pelan pemasaran GESB yang efektif dicipta khusus sebagai asas untuk anda membina rangkaian kukuh agar perniagaan yang dibina mampu memberi ganjaran stabil dan berpanjangan. Bagi menyatakan keprihatinan kami terhadap keperluan anda, GESB juga menyediakan latihan mantap dan sistematik secara berterusan untuk menjana iltizam dan kesungguhan setiap rakaniaga yang menyertai GESB.

Akhir kata, kami mengucapkan tahniah dan syabas kerana menyertai Gamat eMAS Sdn. Bhd. Terima Kasih di atas kesungguhan anda membina keazaman untuk bersama-sama keluarga besar GESB. Rebutlah peluang keemasan ini untuk membina keunggulan, kejayaan dan impian yang lebih cemerlang bersama GESB, kerana anda berhak memilikinya!

“KEPUASAN ANDA MATLAMAT KAMI, KEJAYAAN ANDA IMPIAN KAMI”

1 comment: