Monday, October 5, 2009

Apa Itu Gamat ?

Apa Itu Gamat ?





APA ITU GAMAT?

Gamat atau Timun laut merupakan sejenis haiwan invertebrata (tanpa tulang belakang) laut yang meraih populariti dewasa ini disebabkan khasiat dan nilai terapeutiknya yang mengkagumkan. Malah, kuasa penyembuhannya telah diagungkan dan dimanfaatkan oleh nenek moyang kita sejak lebih 300 tahun dahulu. Tergolong di dalam filum Ekinodermata, spesis timun laut yang didapati berkesan dari segi nilai perubatannya adalah daripada genus sticophus atau lebih dikenali sebagai gamat. Nama lainnya mengikut panggilan setempat termasuklah balat, bat, brunok, trepang atau hoi-sum. Hampir.42 spesis timun laut telah dikenalpasti di perairan Malavsia sementara lebih dari 2,000 spesis wujud di serata dunia.

Umumnya haiwan ini berbentuk silinder, leper pada bahagian dorso-ventral dan mempunyai bukaan di bahagian anterior dan poterior. Pembiakan boleh secara seksual atau aseksual. lanya adalah haiwan detritus iaitu makan secara menyapu pasir ke dalam mulut. Pergerakan haiwan yang lambat menyebabkan ianya perlu mempunyai mekanisme pertahanan tubuh yang efisyen iaitu mengeluarkan holothurin yang toksik dan dapat melumpuhkan haiwan kecil. Holothurin dikeluarkan oleh kelenjar khusus yang dikenali sebagai kuvier. Sebatian ini telah dicamkan seawal tahun dua puluhan dan hanya diberi penekanan yang intensif pada tahun 1950an. Saponin adalah holothurin yang utama yang dipercayai berkesan dalam penyembuhan luka, rawatan selepas bersalin dan sebagai antifungus.

Kajian timun laut tempatan hanya bermula pada awal 1980an di Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Sabah. Kemudian muncul beberapa kumpulan . penyelidik lain misalnya dari Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Kumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia sehingga kini begitu tekun menjalankan ujikaji untuk mengenalpasti bahan-bahan bioaktif didalam gamat untuk mengesahkan keberkesanannya. Kumpulan yarg terdiri lebih daripada 20 orang ahli akademik ini diterajui oleh Prof. Dr. Ridzwan Hashim.

Analisa ke atas tubuh dan cecair selom gamat mendapati yang ianya tinggi dengan kandungan protein yang melebihi 44%, manakala karbohidrat antara 3-5% dan lemak sebanyak 1.5%. Komponen komponennya termasuklah asid amino esential, kolagen, vitamin E, zat-zat galian seperti kromium, ferum, kadmium, mangan, nikel, kabalt dan zink. Kandungan asid lemak mustahak seperti EPA (asid omega eikosapentaenoik) dan DHA (asid omega dekosaheksaenoik) turut memainkan peranan penting sebagai agen penyembuh luka dan antithrombotik iaitu berupaya mengurangkan kejadian pembekuan darah di dalam saluran darah. Ini dapat mengurangkan risiko penyakit strok dan sakit jantung. Kedua-dua asid ini dipercayai juga membantu memperlahankan proses degenerasi sel di samping melambatkan proses penuaan. Bahan bioaktif di dalam gamat turut berkesan sebagai. antioksidan yang membantu mengurangkan kerosakan sel dan tisu tubuh. la juga penting uniuk menjamin kesuburan badan. Kesan anti-bakteria dan anti-fungus meningkatkan kemampuannya untuk tujuan rawatan kulit. Gamat juga didapati mempunyai kesan antinosiseptif (penahan sakit) dan anti-inflamasi (lawan radang dan surut bengkak). Kajian pemerhatian terhadap penduduk di Kudat, Semporna, Setiu, Kuantan, Pekan dan Pulau Pangkor menguatkan lagi bukti keberkesanan gamat sebagai agen anti-hipertensi (mengurangkan tekanan darah tinggi). Sementara kajian-kajian lain turut menunjukkan kesan positif gamat terhadap sistem kardiovaskular dan kontraktiliti otot jantung. Sejak kebelakangan ini pula, kajian-kajian di luar negara turut menyerlahkan potensi gamat sebagai anti-tumor dan memberi kesan positif terhadap penyakit AIDS.

Secara tradisional pula, gamat dipercayai berkesan untuk meningkatkan kesihatan badan, mempercepatkan penyembuhan luka luaran dan dalaman, mengurangkan rasa sakit sendi, badan dan lengoh otot, menghindari masalah alahan dan lelah, melawan radang dan meredakan bengkak, melancarkan pengaliran darah, memulihkan sistem peranakan selepas bersalin, mencantikkan kulit dan awet muda, meningkatkan metabolisma dan membantu masalah keletihan, menghindari sembelit dan masalah buasir, menguatkan tenaga batin, mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengawal kencing manis. Menyedari hakikat gamat memiliki khasiat keberkesanan yang tinggi sehingga boleh menandingi akar ginseng, kami di GESB memformulasikan produk-produk gamat di bawah pengawasan pakar bagi kegunaan harian dan kesihatan dengan jenama eMAS khusus untuk anda!

Kenali Dr. Gamat Anda

PENGASAS
Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri


Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri merupakan graduan lulusan Vrije Universiteit Brussels, Belgium di dalam bidang perubatan. Beliau berpengalaman luas sebagai pegawai perubatan dan pernah berkhidmat di Hospital Pulau Pinang serta Hospital Kangar, Perlis. Beliau memiliki klinik persendirian serta berkhidmat di rangkaian klinik swasta ternama di ibu negara.

Dr. Syid Ayob turut terlibat di dalam kajian dan penyelidikan perubatan di samping memberi khidmat nasihat dalam bidang rawatan alternatif di dalam majalah-majalah tempatan. Beliau kerap muncul di dalam media antaranya seperti Majalah 3, Bincang Petang, Agro Jurnal, Business Hari Ini, Money Tree dan lain-lain.

Sebagai seorang pakar di dalam rawatan perubatan moden dan alternatif, beliau bertanggungjawab mencetuskan formulasi terkini produk-produk berkualiti GESB menjadi satu sistem pemakanan kesihatan dan rangkaian produk penjagaan lengkap yang memiliki nilai belian hebat kepada pengguna.


Pesanan Pengasas :
MEMBURU IMPIAN GEMILANG MENERUSI GESB

Rakaniaga yang dihormati, sukacita kami mengalu-alukan keputusan anda untuk menyertai Gamat eMAS Sdn. Bhd. (GESB). Kami seluruh warga GESB akan merealisasikan impian anda menjadi rakaniaga MLM yang lebih sukses memacu kejayaan. Kami yakin dan percaya, langkah yang bakal dilalui bersama GESB akan menjadi satu titik permulaan dalam merubah kehidupan anda untuk membina kerjaya MLM yang lebih besar, kukuh, berintergriti dan berkekalan.

Sesungguhnya, GESB memiliki visi dan misi yang jelas untuk dimartabatkan sebagai sebuah syarikat MLM bumiputera yang terunggul di Malaysia. Alhamdulillah, sejajar dengan aspirasi murni ini, GESB kini telah berkembang pesat sebagai sebuah syarikat 100% bumiputera berjaya menjadi payung kepada usahawan tempatan dengan peningkatan jualan yang berlipat ganda selaras dengan peningkatan jumlah keahlian dari semasa ke semasa.

Rangkaian produk-produk GESB yang berasaskan ekstrak Gamat Emas (Stichopus hermanii) diakui mempunyai keberkesanan dan nilai terapeutik yang amat tinggi. Kami di GESB sentiasa menghasilkan produk-produk yang bukan sahaja untuk kegunaan peribadi bahkan, sesuai dijadikan sebagai sumber perniagaan yang komprehensif. Sebagai satu usaha untuk melestarikan khazanah warisan bangsa, produk-produk GESB dirintis oleh kekuatan formulasi berdasarkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang terkini agar bersesuaian dengan kehendak pasaran tempatan mahupun antarabangsa. Melalui jaminan halal, suci dan bersih oleh Jabatan Agama Islam, produk-produk GESB yang dihasilkan melalui dasar Amalan Perkilangan Baik (GMP), mampu memberikan keyakinan dan kepercayaan yang berterusan kepada pengguna. Insya-Allah, lebih banyak produk-produk tradisional selain gamat seperti ubi jaga dan pegaga yang mempunyai khasiat dan manfaat akan dikeluarkan di masa-masa hadapan.

Dari sudut perniagaan, pelan pemasaran GESB yang efektif dicipta khusus sebagai asas untuk anda membina rangkaian kukuh agar perniagaan yang dibina mampu memberi ganjaran stabil dan berpanjangan. Bagi menyatakan keprihatinan kami terhadap keperluan anda, GESB juga menyediakan latihan mantap dan sistematik secara berterusan untuk menjana iltizam dan kesungguhan setiap rakaniaga yang menyertai GESB.

Akhir kata, kami mengucapkan tahniah dan syabas kerana menyertai Gamat eMAS Sdn. Bhd. Terima Kasih di atas kesungguhan anda membina keazaman untuk bersama-sama keluarga besar GESB. Rebutlah peluang keemasan ini untuk membina keunggulan, kejayaan dan impian yang lebih cemerlang bersama GESB, kerana anda berhak memilikinya!

“KEPUASAN ANDA MATLAMAT KAMI, KEJAYAAN ANDA IMPIAN KAMI”

Sunday, October 4, 2009

C3 Spirulina

C3 SPIRULINA


Kod 005 Harga/Price
(Runcit)
Harga/Price
(Ahli)
BV
WMRM75.00RM63.0030
EMRM80.00RM68.00 30
Kandungan : 500ml
WM: Malaysia Barat EM : Malaysia Timur
  • Mengandungi adunan unik zat nutrisi dengan faktor pelindung yang mampu membantu meningkatkan tahap kesihatan anda.
  • Ia membersih, menstabil dan menyihatkan keseluruhan tubuh badan.
  • Mengandungi Vitamin C, Koenzim Q10 dan Klorofil, menjadikan ia unggul dan lengkap.
  • Memiliki kadar penyerapan yang tinggi sesuai untuk keperluan pemakanan kesihatan anda.

Kandungan
Pati Spirulina, Klorofil, Asid Askorbik, Koenzim Q10 dan Fruktosa

  • A unique blend of nutriens with protective factors able to help enhance your body health.
  • It purifies, stabilizes and nourishes the human body simultaneously.
  • Contains Vitamin C, Coenzym Q10 and Chlorophyll, making it a superior concentrated whole food source.
  • High bio-availability that will be a perfect choice to compliment your health needs.


Ingredients
Phaseolus Vulgaris extract, Conjugated Linoleic Acid, L-Carnitine, Garcinia Cambogia, Chromium, Lecithin, Malt, Multivitamin and minerals (Vitamin A, B1, B2, B3, B6, B12, C, E, D, Biotin, Folic Acid, Copper, Magnesium, Molybdenum, Selenium, Potassium, Zinc and Iodine)

Saturday, October 3, 2009

Pati Gamat Vitamin

Pati Gamat Vita (Oren)


Kod 001 Harga/Price
(Runcit)
Harga/Price
(Ahli)
BV
WM RM57.00 RM47.00 15
EM RM60.00 RM50.00
Kandungan : 350 ml
WM: Malaysia Barat EM : Malaysia Timur

Diperkaya dengan Beta-Karotin (Pro-Vitamin A) dan berperisa oren. Dihasilkan dari ekstrak gamat yang kaya dengan protein, mukopolisakarida dan garam galian.

Sesuai diamalkan sebagai pemakanan tambahan bagi tujuan kesihatan.

Kandungan
Pati Gamat Tulen, Pati Oren, Beta-Karotin, Vitamin B1 & B6, Fruktosa dan Air Nyah-Ion

Enriched with Beta-Carotene (Pro-Vitamin A) and orange flavoured. Produced from Gamat (sea cucumber) extract enriched with proteins, mucopolysaccharide and minerals.

Suitable to complement the body towards a better health.

Ingredients
Purified Gamat extract, Orange concentrate, Beta-Carotene, Vitamin B1 & B6, Fructose and Deionized Water.

Friday, October 2, 2009

Bioseed

Bioseed




Kod : 007 Harga/Price
(Runcit)
Harga/Price
(Ahli)
BV
WM RM110.00 RM95.00 40
EM RM116.00 RM101.00
Kandungan : 30 sachet / 5 gm
WM: Malaysia Barat EM : Malaysia Timur

Bioseed merupakan sejenis minuman serat berkhasiat yang membantu menjaga kesihatan sistem penghadaman dengan sempurna. Ia mengandungi Plantago Ovata yang berkesan untuk membersihkan usus dari sisa toksin yang terkumpul supaya ia tidak diserap semula ke dalam badan. Ia juga membantu mengawal kolesterol dan mengimbangi paras gula dalam darah. Probiotik pula merupakan bakteria baik dari spesis Lactobacillus Acidophilus, L. bifidus dan L. casei. Mikroorganisma ini melindungi usus dari kuman perosak di samping membantu proses penghadaman dan sintesis zat seperti enzim, asid amino dan vitamin. Ulmus Fulva pula membantu menyihatkan dinding usus dan menyerap toksin untuk dikumuhkan.

Sementara ekstrak gamat dipercayai secara tradisional membantu menyembuhkan luka di samping membaik pulih tisu badan. Secara am, Bioseed melawaskan dan membantu menghindari penyakit usus dan gejala yang berkaitan dengannya.

Kandungan
Plantago Ovata, Probiotik, Ulmus Fulva, ekstrak Gamat dan Fruktosa

Bioseed is a nutritional fibre drink which helps to restore the health of the digestive system. It contains Plantago Ovata that effectively cleanses the colon from unwanted toxin residues thus avoiding them from being reabsorbed into the body. It also helps to regulate the cholesterol and blood sugar level. It is combined with Probiotics from Lactobacillus Acidophilus, L. bifidus and L. casei species.These friendly microorganisms defend the host from destructive bacteria and promote digestion and the synthesis of nutrients ie enzymes, amino acids and vitamins. Ulmus Fulva helps to neutralize the toxins in the digestives tract besides promoting healthy intestinal wall.

Meanwhile Gamat as believed traditionally helps to promote wound healing and repair damaged body tissues. In general, Bioseed eases the colon and helps to overcome the diseases associated with it.

Ingredients
Plantago Ovata, Probiotics, Ulmus Fulva, Gamat extract and Fructose

Wednesday, September 30, 2009

Linesse

Linesse




Kod 205 Harga/Price
(Runcit)
Harga/Price
(Ahli)
BV
WM RM70.00 RM60.00 30
EM RM74.00 RM64.00
Kandungan : 100gm
WM: Malaysia Barat EM : Malaysia Timur

Gel pelangsingan badan ini berfungsi untuk memecahkan lemak, mengempiskan perut buncit, mengurangkan kerengsaan kulit dan membasmi selulit secara efektif. Menerusi teknologi transdermal liposome yang memudahkan penyerapan ke lapisan lemak di bawah kulit, Linesse melancarkan pengaliran darah serta membersihkan sisa toksik yang terkumpul di bahagian kulit. Gabungan ekstrak gamat yang kaya dengan vitamin E dan kolagen menguatkan, menganjal dan memelihara kelembutan kulit. Aplikasinya mudah, cuma sapukan pada permukaan kulit 2 kali sehari selepas mandi dan diurut secara putaran selama 2 hingga 5 minit. Linesse juga mesra pengguna, tidak melekit dan memberi kesan sepanjang hari.

Kandungan
Ekstrak Gamat, Kapsikum, Minyak Eucalyptus, ekstrak Barley, ekstrak Sweet Clover, ekstrak Ivy, Kafein, ekstrak Lady's Thistle, ekstrak Mushroom, ekstrak Butcherbroom, ekstrak Lemon, Lesitin, Acefylline Methylsilanol, Mannuronate, Triethanolamine, Karbomer, Nanoxynol-14, Imidazolidinyl urea, Metilparaben dan Air Nyah-Ion

This slimming gel is highly effective to accelerate the breakdown of fat cells, get rid of the love handles or unsightly bulges, reduce skin irritation and has an anti-cellulite working. It uses the transdermal liposom technology which facilitates the absorbtion of the active ingredients straight to the fatty layer underneath the skin. Linesse also promotes the blood circulation in order to help excrete the toxic build up under the skin. Combining with Gamat, which is known to be rich in Vitamin E and collagen, it tones and cares for a more soupple and beautiful skin. It is easy to apply, just massage in a circular movement for 2 to 5 minutes after bath. Linesse is user-friendly, non greasy and has a controlled released mechanism which gives a sustained effect all day long.

Ingredients
Sea cucumber extract, Capsicum, Eucalyptus oil, Barley extract, Sweet Clover extract, Ivy extract, Mushroom extract, Butcherbroom extract, Lemon extract, Caffeine, Lady's Thistle extract, Lecithin, Acefylline Methylsilanol, Mannuronate, Triethanolamine, Carbomer, Nanoxynol-14, Imidazolidinyl urea, Mathylparaben and Deionized WaterPlantago Ovata, Probiotics, Ulmus Fulva, Gamat extract and Fructose

Monday, September 28, 2009

Beautreme

Beautreme




od 400 Harga/Price
(Runcit)
Harga/Price
(Ahli)
BV
WM RM145.00 RM120.00 50
EM RM152.00 RM127.00
Kandungan : 30 sachet / 15gm
WM: Malaysia Barat EM : Malaysia Timur
  • Diformulasi untuk membantu pembakaran lemak secara efektif.
  • Mengurangkan penyimpanan lemak.
  • Mengurangkan selera makan.
  • Diperkaya dengan serat yang merangsang pergerakan usus untuk mengeluarkan bahan sampingan pembakaran lemak.
  • Kandungan multivitamin dan garam galian memastikan keperluan badan bagi zat nutrisi semasa program melangsingkan badan tidak diabaikan.

Kandungan
Ekstrak Phaseolus Vulgaris, Asid Linoleik yang di konjugatkan (CLA), L-Karnitin, Garcinia Cambogia, Kromium, Lesitin, Malta, Multivitamin dan garam galian (Vitamin A, B1, B2, B3, B6, B12, C, E, D, Biotin, Asid Folik, Kuprum, Magnesium, Molybdenum, Selenium, Potassium, Zink dan Iodin)

  • Formulated to burn fat effectively.
  • Minimize fat storage.
  • Suppress the appetite.
  • Enriched with fiber to enhance the elimination of the by-products of fat burning through the digestive tract.
  • Multivitamins and minerals ensure the body needs toward the vital nutrients is not neglected during the slimming programme.

Ingredients
Phaseolus Vulgaris extract, Conjugated Linoleic Acid, L-Carnitine, Garcinia Cambogia, Chromium, Lecithin, Malt, Multivitamin and minerals (Vitamin A, B1, B2, B3, B6, B12, C, E, D, Biotin, Folic Acid, Copper, Magnesium, Molybdenum, Selenium, Potassium, Zinc and Iodine)

Saturday, August 15, 2009

SENARAI PENGEDAR GAMAT eMAS

SENARAI PENGEDAR GAMAT EMAS BERHAMPIRAN ANDA :

Join member : Borang ahli online.

PAHANG DARUL MAKMUR

1 Hasfalizan Kuantan / Kuala Lipis 09 9123527
2 Ramelah Pekan 09 4222501
3 Salina 09 4552042

TERENGGANGU

1 Abdul Hafiz Kemaman 019 9397935
2 Halimahun K. Terengganu 019 9356911

SELANGOR / PUTRAJAYA / KUALA LUMPUR

1 Latifah Putrajaya 013 6135100
2 Marzadilah Kuala Lumpur 012 2526709
3 Nor Aishah Ampang 03 92741162

SABAH / SAWARAK

1 Mariani Daha Sandakan 019 8699698
2 Nor Asma Kota Kinabalu 016 9059322
3 Abdullah Ismail Lahad Datu 019 8004869
4 Dawiyah Bintulu 086 855701

PENANG

1 Suhaiza Bukit Mertajam 019 2352778
2 Mohd Faiz George Town 012 4219869

JOHOR

1 Norsham Pasir Gudang 013 7261920
2 Noshamkamal Batu Pahat 019 8835636

KEDAH

1 Arnida Sg Petani 013 4243463
2 Hilmi Alor Star 012 4869658

PERLIS

1 Munaim Kangar 012 4092933


Terima Kasih. Sila Datang Lagi.

Sunday, July 5, 2009

Dr. dan Anda : Benjolan Di Payudara

Benjolan Di Payudara

Assalamualaikum Dr. Syid

Saya seorang surirumah berusia 43 tahun. Sejak 3 bulan yang lepas saya merasakan terdapat bonjolan pada payudara sebelah kanan saya sebesar syilling 50 sen. Kalau di tekan, ianya tidak sakit atau merasa apa-apa. Saya pernah berjumpa dengan seorang doktor swasta yang menasihatkan saya untuk ke hospital bagi menjalani pemeriksaan lanjutan. Saya agak bimbang dengan keadaan ini dan berasa takut untuk ke hospital. Apakah ini tanda awal kanser payudara? Apakah risiko kanser ini dan apa yang perlu saya lakukan? Adakah produk Gamat Emas boleh membantu? Terima kasih kerana membantu masalah saya.

Dari,

Norlia Abd. Rahim

Taiping, Perak.



Jawapan:

Waalaikumussalam. Bagi kes puan sememang langkah yang paling bijak ialah untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut yang sewajarnya dari pakar perubatan. Jangan berlengah kerana ini mungkin akan menentukan tahap penyembuhan masalah puan. Ketumbuhan pada payudara yang tidak sakit amat dibimbangi jika ia merupakan masalah kanser payudara. Kanser payudara selalunya bermula sebagai ketulan keras yang tidak sakit. Ia membesar dengan masa. Jika sudah sampai ke tahap lebih serius, benjolan boleh dilihat pada permukaan kulit sementara puting payudara akan tertarik ke dalam. Kadangkala bendalir berdarah yang keluar dari puting juga merupakan tanda yang penting. Kulit pada bahagian payudara tersebut boleh juga kelihatan seperti kulit buah oren (peau d’orange) yang mana kulit menegang dengan bahagian bulu roma termasuk ke dalam. Peringkat yang lebih serius dan menyakitkan ialah apabila kanser tersebut pecah ke kulit dan merebak ke kelenjar di bawah ketiak dan seterusnya ke seluruh badan.

Kanser payudara merupakan kanser yang paling kerap menimpa wanita untuk semua kaum di Malaysia. Ia turut merupakan kanser yang paling banyak dilaporkan yang mana menurut bancian tahun 2002, sejumlah 4,337 kes kanser payudara telah dicatitkan. Sebanyak 30.4% daripada kes kanser di kalangan wanita Malaysia ialah kanser payudara. Risiko untuk mendapat kanser payudara di Malaysia adalah pada nisbah 1 pada setiap 19 orang wanita. Angka ini sebenarnya berubah mengikut kaum yang mana bagi kaum Melayu risikonya adalah 1:24, kaum Cina nisbahnya 1:14 dan bagi kaum India nisbahnya adalah 1:15. Dari angka ini pula perlu diketahui bahawa lebih dari 52.3% daripada kanser payudara wanita tergolong pada usia kurang dari 50 tahun. Insiden kanser meningkat sehingga golongan usia 50-59 tahun tetapi menurun bagi golongan yang lebih tua.


Statistik pada tahun 2000 melaporkan sebanyak 3,825 kes kanser payudara kesemuanya yang mana 1,707 menyebabkan kematian. Kurang kesedaran dan sikap sambil lewa merupakan sebab utama kanser ini melibatkan angka kematian yang agak tinggi. Hampir 40% dari kes kanser dikesan pada peringkat yang serius sehingga menyukarkan rawatan untuk penyembuhan.


Antara faktor risiko menghidapi penyakit kanser payudara ialah :


  1. Usia : Risiko meningkat dengan usia. Kanser jarang sekali berlaku pada wanita di bawah usia 25 tahun.
  2. Sejarah kanser payudara: Risiko berulang bagi bekas pesakit kanser payudara meningkat 4 kali ganda.
  3. Sejarah keluarga: Risiko meningkat 2 kali ganda jika ada ahli keluarga yang menghidap kanser payudara sementara jika terdapat 2 atau lebih waris terdekat menghidapinya maka risiko akan meningkat 4 kali ganda.
  4. Sejarah penyakit payudara: Wanita yang menunjukkan kehadiran sel abnormal dan penyakit fibrosistik terdedah 4 kali ganda untuk menghidap penyakit kanser payudara.
  5. Faktor genetik : Sejumlah 5-10% wanita yang menghidap kanser payudara mempunyai faktor genetik. Antara gen dikenal pasti ialah BRCA 1 dan 2 serta p53. Sekiranya salah satu dari gen itu dijumpai maka risiko menghidapi kanser payudara meningkat sebanyak 85%.
  6. Kedatangan haid: Perempuan yang baligh sebelum usia 12 tahun atau putus haid selepas berusia 55 tahun akan mempunyai risiko yang meningkat sebanyak 2 hingga 3 kali ganda untuk menghidapi kanser payudara.
  7. Jumlah anak: Wanita yang tiada anak atau tidak pernah hamil selepas usianya meningkat 30 tahun mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap kanser payudara.
  8. Pendedahan kepada radiasi: Mereka yang terdedah kepada sinar radiasi seperti sinar-X semasa usia atau sebelum usia 30 tahun boleh meningkatkan sedikit risiko kepada kanser payudara.
  9. Status sosioekonomi: Status kehidupan yang tinggi akan meningkatkan lagi risiko menghidapi kanser payudara.
  10. Pemakanan: Pengambilan alkohol meningkatkan risiko kanser payudara sebanyak 2 x ganda. Makanan yang tinggi dengan lemak tepu (minyak haiwan dan minyak kelapa), protein haiwan dan makanan yang kurang serat juga boleh mempengaruhi risiko untuk mendapat kanser payudara.
  11. Saiz tubuh: Wanita yang gemuk selepas putus haid juga akan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara.
  12. Pil perancang dan HRT (terapi hormon gantian): Pengambilan pil perancang dalam jangkamasa lama dan juga terapi hormon gantian selepas putus haid juga dapat meningkat risiko kanser payudara.
  13. Penyusuan: Penyusuan merendahkan sedikit risiko kanser payudara sebelum putus haid.
  14. Jantina: 95% kanser payudara terdiri dari golongan wanita

Kesimpulannya di sini, saya bukan berniat untuk menakutkan puan tetapi masalah tersebut akan lebih mudah dirawat pada peringkat awal. Anggapkan tindakan selainnya seperti menggunakan produk Gamat Emas ini sebagai rawatan ‘adjuvan’ atau seiring dengan rawatan hospital. Yang penting puan perlu menjalani pemeriksaan dan rawatan dari doktor terlebih dahulu. Bagi produk Gamat Emas, saya syorkan puan amalkan Bioseed dan Pati Gamat Plus Vita 2x sehari. Sementara C3 Spirulina boleh di ambil 2 sudu besar 3 kali sehari. Bioseed membantu pembersihan usus untuk mengelakkan penyerapan toksid ke dalam badan. Pati Gamat pula membantu mengurangkan inflamasi, bengkak dan turut mempunyai kesan antitumor. C3 Spirulina pula membekalkan nutriens yang diperlukan badan puan untuk meningkatkan ketahanan badan sementara Coenzym Q10 dapat membantu melawan kanser payudara.

Dr. dan Anda : Kegemukan

Masalah Kegemukan

Terima kasih doktor kerana memaparkan masalah saya di ruangan ini.

Assalamualaikum,

Saya seorang gadis berusia 23 tahun, mempunyai ketinggian 154cm dengan berat badan 87kg. Jelas tuan doktor, masalah saya adalah gemuk. Saya sudah mencuba pelbagai produk perlangsingan yang terdapat di pasaran akan tetapi tidak mendatangkan hasil. Saya mempunyai seorang sahabat yang telah sembuh dari masalah lelahnya yang dihidapi sejak dari kecil dengan menggunakan barangan Gamat Emas Sdn Bhd dan beliau mengesyorkan saya untuk mencuba produk ini bagi mengatasi masalah saya. Saya harap tuan doktor sudi menjelaskan masalah saya ini dan produk apakah yang disyorkan bagi mengatasinya. Terima kasih kerana membantu mengatasi kerungsingan saya ini.


Dari,
Madihah Sulaiman
Gelang Patah, Johor.

Jawapan

Jika dikira dari berat dan ketinggian saudari, nilai BMI (body mass index) saudari adalah 36.7 iaitu tergolong di dalam kategori obesiti kelas II yang sememangnya tidak sihat. Ia seharusnya tidak boleh dipandang ringan kerana masalah ini berkadar terus dengan peningkatan untuk mengalami risiko pelbagai jenis penyakit antaranya:

1.
Tekanan darah tinggi
2.
Kencing manis
3.
Paras kolesterol yang tinggi di dalam darah
4.
Penyakit jantung
5.
Strok atau angin akhmar
6.
Batu karang hempedu
7.
Penyakit sendi seperti osteoathritis
8.
Masalah pernafasan terutamanya waktu tidur
9.
Kanser seperti kanser rahim, payudara, kelenjar prostat dan usus.
10.
Kemurungan dari kesan psikososial

Sebenarnya, lebih dari 1 billion orang dewasa mempunyai masalah berat badan berlebihan dan sekurang-kurangnya 300 juta penduduk dunia mengalami obesiti. Kajian pada tahun 1996 dari NHMS II (National Health and Morbidity Survey II) di Malaysia menunjukkan bahawa 20.7% rakyat negara ini mengalami berat badan berlebihan dan 5.8% dari mereka obesiti. Peratusan tersebut meningkat mendadak dan sehingga hari ini dianggarkan 39% rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan yang mana kebanyakan dari mereka tergolong di kalangan wanita.

Walaupun 95% dari punca obesiti adalah di atas gaya hidup seperti makan berlebihan dan terlalu kurang pergerakan, bahkan terdapat juga keadaan dan penyakit yang boleh menyebabkan masalah obesiti, antaranya :

1.
Kesan sampingan ubat seperti steroid (prednisolone) dan ubat perancang keluarga
2.
Kesan penyakit gastritis yang tandanya cepat lapar.
3.
Kesan stress yang menyebabkan keadaan ingin makan untuk menenangkan.
4.
Akibat meminum alkohol
5.
Jenis penyakit bersangkutan ketidakseimbangan hormon seperti hypothyroidism, PCOS (polycsystic ovary sydrome) dan Cushing’s sydrome.
6.
Masalah otak yang menyebabkan selera bertambah seperti selepas jangkitan kuman (encephalitis), kecederaan otak dan ketumbuhan otak.
7.
Penyakit penyakit yang lain seperti Metabolic syndrome, Prader-Willi syndrome, Lawrence-Moon-Biedl syndrome dan banyak lagi.

Disebabkan ini, terutamanya saudari yang agak sukar menguruskan badan, dinasihatkan untuk mendapat pemeriksaan doktor yang lengkap terlebih dahulu.

Alhamdulillah, saudari prihatin tentang masalah yang di alami yang mana mungkin bagi sesetengah orang dianggap perkara biasa sahaja. Sepatutnya berat badan yang perlu saudari tuju ialah lebih kurang 55kg. Ini amat penting kerana setiap kg berat saudari berjaya diturunkan, maka akan berkurangan juga risiko menghidapi penyakit-penyakit yang disebutkan di atas.

Saya mengesyorkan saudari untuk mengguna rangkaian produk khusus untuk perlangsingan badan iaitu Beautreme dan Linesse. Produk ini akan membantu saudari untuk menguruskan badan dan mendapatkan bentuk badan yang diimpikan. Beautreme ialah sejenis pemakanan bernutrisi yang diformulasikan khusus untuk membantu mengurangkan berat badan. Ia mengandungi kandungan semulajadi termasuklah Ekstrak Phaseolus Vulgaris, CLA (conjugated linoleic acid), L-Carnitine, Garcinia Cambogia, Lesitin, Oat, Vitamin A, B1, B2, B3, B6, B12, C, E, D, Biotin, Asid folik, Kuprum, Kromium, Magnesium, Kalsium, Selenium, Potassium dan Zink sebagai bahan aktif.

Kombinasi bahan semulajadi ini menyebabkan badan membakar lemak secara berkesan, mengurangkan penyimpanan lemak dan juga mengurangkan selera makan. Ia juga diperkaya dengan serat yang merangsang pergerakan usus untuk mengeluarkan bahan sampingan perbakaran lemak dengan lebih efektif. Kandungan multivitamin dan garam galian pula adalah mustahak untuk melengkapkan keperluan badan terutamanya apabila saudari menjalankan diet. Disarankan untuk menggunakan Beautreme 5 minit sebelum sarapan, makan tengahari dan malam. Disyorkan juga meminum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Kurangkan makanan manis, lemak dan kanji. Lebihkan serat, terutamanya sayuran dan protien. Jangan lupa untuk bersenam secara teratur sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

Linesse pula amat sesuai digunakan bergandingan dengan Beautreme kerana ia bertindak dari luaran untuk membakar lemak. Linesse amat efektif kerana:

1.
Ia menggunakan nanoteknologi liposom yang membenarkan penyerapan ke dalam kulit dengan berkesan. Bahan aktif akan dibebaskan secara terpilih di tempat lemak terkumpul yang mana ianya merangsang metabolisme dan pemecahan lemak yang seterusnya diangkut keluar dari badan melalui sistem limfatik dan peredaran darah.
2.
Pembebasan secara terkawal (controlled released mechanism) membantu tindakan linesse untuk memecahkan lemak sepanjang hari.
3.
Melancarkan pengaliran darah mikro dan membantu menghilangkan selulit serta membersihkan sisa toksik yang terkumpul di bahagian kulit.
4.
Gabungan ekstrak gamat yang kaya dengan vitamin E dan kolagen membantu memelihara kelembutan dan kecantikan kulit.
5.
Aplikasi yang mudah, tidak melekit serta mesra pengguna.

Sapu pada permukaan kulit yang diingini 2 kali sehari selepas mandi. Urut secara putaran selama 2-5 minit. Diharap produk tersebut dapat membantu mengatasi masalah saudari dan akhir kata, saudari perlu bersungguh untuk berjaya.

Dr. dan Anda : Gigi Bertindih

Gigi Bertindih

Assalamualaikum tuan doktor. Saya kira soalan saya ini agak remeh tapi amatlah penting bagi diri saya kerana ia boleh menambah keyakinan diri saya. Saya seorang gadis berusia 20 tahun. Sejak kecil saya mempunyai masalah gigi bertindih. Doktor gigi saya telah pun membaik pulih keadaan tersebut cuma yang menjadi kemusykilan ialah gigi saya berwarna kuning dan comot. Saya agak malu untuk memberikan senyuman malah, setiap kali saya ketawa, saya akan menutup mulut saya. Kadangkala gusi saya juga akan bengkak dan sakit. Bagaimanakah cara penjagaan gigi yang sebenarnya dan bolehkah produk Gamat Emas membantu menyelesaikan masalah saya? Terima kasih.

Sunita Akhmar Embong,Kuala Terengganu, Terengganu.

Jawapan

Terima kasih di atas soalan tersebut. Sudah semestinya gigi yang putih bersih akan memberikan senyuman yang menarik. Saudari juga mempunyai masalah gusi yang berkemungkinan berpunca dari karies gigi. Penjagaan gigi dan gusi akan lebih mudah jika saudari memahami langkah-langkah yang perlu dilakukan. Di sini saya kongsikan 7 langkah penjagaan gigi, agar senyuman saudari akan lebih memberikan keyakinan diri.

LANGKAH PERTAMA

Peruntukan sedikit masa untuk memberi gigi saudari penjagaan harian yang sepatutnya.

Tahukah saudari bahawa ia hanya mengambil masa 2 hingga 3 minit untuk memberus gigi dengan sempurna tetapi kebanyakan di kalangan kita hanya mengambil masa kurang dari 45 saat untuk memberus gigi? Jutaan kuman menetap di permukaan gigi akan menghadamkan sisa makanan yang terdapat di dalam rongga mulut dan seterusnya menghasilkan asid. Asid inilah yang akan mula melarutkan kalsium dan menghakis permukaan enamel gigi yang seterusnya akan menjadi lubang di peringkat awal kerosakan gigi. Memberus gigi akan membersihkan gigi dari gejala kuman supaya tiada asid akan dihasilkan. Walaubagaimanapun, adalah penting untuk membersihkan kesemua permukaan gigi yang mana proses ini lazimnya mengambil masa 2 hingga 3 minit. Saudari disarankan memberus gigi seelok-eloknya setiap kali selepas makan dan juga sebelum tidur. Ini kerana gigi yang diberus hanya akan bertahan selama 4 jam sebelum kuman mula memenuhi kembali seluruh permukaan gigi yang jika tidak diberus akan mengakibat pembentukan plak gigi.

LANGKAH KEDUA

Amalkan penggunaan floss gigi. Ia akan menyelamatkan gigi saudari.

Menggunakan floss gigi sekurang-kurangnya sekali sehari amatlah penting untuk menjaga kesihatan gigi. Ini kerana ia dapat membersihkan sisa makanan yang melekat di celah-celah gigi yang mana jika tidak dibersihkan akan terus menerus dihadamkan oleh kuman untuk menghasilkan asid. Apa yang lebih membimbangkan ialah jika kuman tadi dibiarkan di celah gigi, ia turut akan menyerang tisu gusi, tulang dan ligamen yang menyokong gigi. Memberus gigi hanya akan membersih 65% dari permukaan yang sepatutnya dibersihkan. Selebihnya, iaitu 35% perlulah dibersihkan dengan menggunakan floss.

LANGKAH KE TIGA

Bukan sahaja gula-gula manisan yang berbahaya untuk gigi saudari.

Sebenarnya banyak lagi jenis pemakanan selain dari gula-gula yang boleh menyebabkan kerosakan gigi. Kuman akan menghadam gula-gula ini menjadi asid yang akan menghakis gigi. Bukan setakat gula-gula, malah segala pemakanan yang manis dan berkanji seperti buahan, mentega kacang, keropok, kentang goreng, nasi, popcorn, mee dan sebagainya juga boleh menyebabkan perkara yang sama. Yang paling utama ialah makanan manis yang melekat di celah gigi seperti mentega kacang, toffee, kismis dan lain-lain akan membekalkan sumber makanan dan tenaga secara berterusan kepada kuman yang terdapat pada gigi. Oleh itu gosoklah gigi atau sekurang-kurangnya berkumur selepas makan boleh memastikan kerosakan gigi dapat dibendung.

LANGKAH KEEMPAT

Jangan memberus gigi terlalu kuat.

Hampir dua daripada tiga orang memberus gigi terlalu kuat sehingga merosakkan gigi sendiri. Sebenarnya kita hanya perlu tenaga yang sedikit untuk memberus gigi bagi menghilangkan kuman, sisa makanan dan plak gigi. Yang menggusarkan ialah kebanyakan di kalangan mereka yang memberus gigi menggunakan tenaga sehingga 3 – 4 kali ganda dari apa yang perlu. Ini bakal menyebabkan gusi menipis, gigi sensitif serta terbentuknya lubang pada umbi gigi.

LANGKAH KELIMA

Kurangkan makanan snek dan juga minuman manis terutamanya minuman terlalu panas yang diminum secara berterusan.

Menikmati minuman manis secara berterusan akan membekalkan sumber gula bagi kuman, juga secara berterusan. Ini termasuklah bagi mereka yang gemar memakan kudapan. Sementara minuman terlalu panas pula menyebabkan retak kecil pada permukaan gigi. Ini kerana gigi yang terdedah kepada pengaruh perubahan suhu yang ekstrem, bakal menyebabkan berlakunya kembang dan kuncup bagi struktur gigi yang terbabit lantas mengakibatkan terjadinya retak di permukaan gigi. Retak yang terhasil ini pula memudahkan lagi asid dari kuman untuk menghakis gigi.

LANGKAH KEENAM

Jangan lupa berjumpa dengan doktor gigi 6 bulan sekali.

Walaupun mungkin saudari rasa penjagaan gigi saudari sudah memadai namun kadangkala masih terdapat masalah gigi yang tidak dapat dikesan melainkan dengan kaedah pemeriksaan oleh doktor gigi. Ini amatlah penting kerana masalah gigi pada peringkat awal masih boleh di atasi dari menunggu ia menjadi masalah gigi yang serius sehinggakan gigi tidak dapat diselamatkan lagi ataupun memerlukan rawatan gigi yang canggih seperti bridging dan sebagainya yang sudah tentu memakan kos yang tinggi.

LANGKAH KETUJUH

Pilihlah ubat gigi yang sesuai.

Ubat gigi juga memainkan peranan yang penting dalam penjagaan gigi. Ubat gigi yang sesuai sekurang-kurangnya mempunyai sifat antiseptik, antikaries, menghilangkan plak dan mengukuhkan gigi. OROGARD, ubat gigi keluaran GESB amatlah sesuai bagi tujuan tersebut kerana ia mengandungi formulasi bahan-bahan yang telah terbukti boleh memberi penjagaan mulut, gigi, gusi dan tekak yang sempurna. Kandungan Isomalt mencegah karies; ekstrak kayu sugi (meswak) melegakan gigi sensitif, memutihkan gigi dan mencegah karang gigi; Ekstrak Gamat menjaga kesihatan mulut dan gusi; Sodium monofluorofosfat melindungi kesan penghakisan asid oleh kuman yang menyebabkan kerosakan gigi; ditambah dengan antiseptik bagi mencegah jangkitan kuman pada keseluruhan mulut dan tekak.

Dr. dan Anda : Kanser

Jangkitan Kuman Boleh Menyebabkan Kanser

Soalan

Assalamualaikum Dr Syid. Saya tertarik untuk mengemukakan satu soalan yang agak menimbulkan kemusykilan saya. Bolehkah kuman menyebabkan kanser? Setahu saya, kuman hanya menyebabkan masalah jangkitan dan boleh dirawat dengan antibiotik. Tetapi baru-baru ini saya diberitahu oleh seorang sahabat saya bahawa kuman juga boleh menyebabkan kanser. Pelik kenyataan itu. Boleh tuan doctor jelaskan dan apakah langkah yang boleh diambil memandangkan jumlah pesakit kanser semakin meningkat dewasa ini? Terima kasih.

Dari

Siswazah yang musykil

Kuantan, Pahang.

Jawapan

Terima kasih di atas soalan yang menarik tersebut. Sememangnya ketika seorang saintis pada kurun ke-18, Louis Pasteur menjumpai bahawa kuman menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang dikaitkan dengan faktor jangkitan, para saintis masih belum mengaitkannya dengan penyakit kanser. Sejak kebelakangan ini, kajian telah membuktikan bahawa sememangnya ada beberapa jangkitan kuman sama ada virus, bakteria atau pun parasit boleh meningkatkan risiko untuk menghidapi kanser tertentu. Kajian telah menunjukkan bahawa kemungkinan faktor jangkitan oleh kuman bertanggungjawab sehingga 20% sebagai penyebab kanser di negara yang membangun. Walaubagaimanapun. seperti yang diketahui bahawa kuman boleh berjangkit dari individu ke individu, penyakit kanser tidak. Antara kuman yang boleh menyebabkan kanser termasuklah:

Virus

Virus terdiri dari sekelompok kecil bahan genetik yang diselaputi oleh kulit daripada protein. Ia memasuki sel manusia dan menggunakan bahan-bahan yang terdapat dalam sel untuk membiak. Virus akan memasukkan RNA atau DNA nya yang kadangkala dapat merubah RNA/DNA sel manusia bertukar menjadi sel asing iaitu kanser. Antara virus yang diketahui ialah :

  1. HTLV-1 ataupun Human T-cell lymphoma virus type 1. Ia boleh mengakibatkan kanser darah (lymphocytic leukemia) atau pun kanser kelenjar (non-Hodgkin’s lymphoma).
  2. HPV atau pun Human papillomavirusses. Ini adalah sekumpulan virus yang menyebabkan penyakit ketuat di kulit, mulut, tekak dan bahagian kemaluan. Sesetengah jenis HPV merupakan penyebab utama kanser pangkal rahim.
  3. HHV-8 ataupun Human herpes virus type 8. Ia bertanggungjawab menyebabkan penyakit Kaposi sarcoma dan multiple myeloma.
  4. EBV ataupun Epstein-Barr virus. Ia merupakan sejenis virus yang menyebabkan penyakit mononucleosis infectiosa yang mempunyai tanda seperti demam, sakit tekak dan bengkak kelenjar. Jangkitan berlaku melalui air liur. Dianggarkan lebih dari 90% orang dewasa pernah mengalami jangkitan ini tetapi sebahagian besar di kalangan mereka tidak berakhir dengan masalah kanser. Jenis kanser yang di kaitkan ialah kanser perut, kelenjar, tekak dan payudara.
  5. HIV atau Human immunodeficiency virus. Ia meningkatkan risiko kanser Kaposi sarcoma, kanser testis dan zakar.
  6. HBV/HCV ataupun Hepatitis B/C virus. Ia menyebabkan penyakit hati (hepatitis) yang apabila menjadi kronik, akan meningkatkan risiko kanser hati atau hepatoma. Dianggarkan di antara 25-50% kanser hati disebabkan oleh jangkitan ini.
Bakteria

Kuman bakteria pathogen adakalanya boleh dikaitkan kanser seperti :

  1. Helicobacter pylori yang menyebabkan gastritis kronik. Ia merosakkan lapisan lendir di permukaan perut yang boleh menyebabkan kanser perut.
  2. Chlamydia trachomatis boleh menjangkiti saluran peranakan wanita dan meningkatkan risiko kanser pangkal rahim.
Parasit

Sesetengah jenis cacing hidup di dalam badan manusia boleh meningkatkan risiko kanser. Antaranya :

  1. Opisthorchis viverrini dan Clonorchis sinensis. Cacing ini boleh meningkatkan risiko kanser saluran hempedu.
  2. Schistosoma haematobium yang menyebabkan penyakit schistosomiasis dikaitkan dengan kanser pundi kencing.

Harap dari penjelasan di atas saudari dapat memahami memang sebenarnya gejala kanser boleh dikaitkan secara langsung atau tidak langsung dengan faktor jangkitan kuman. Sebagai langkah pencegahannya, saya syorkan :

Elakkan faktor jangkitan

  • Elakkan hubungan seks rambang.
  • Berhati-hati apabila berhadapan dengan keadaan yang mana anda terdedah kepada cecair tubuh ataupun darah manusia.
  • Jaga kebersihan badan dan juga bahan makanan/minuman anda.
  • Dapatkan suntikan vaksin bagi mencegah jangkitan Hepatitis B dan juga jangkitan HPV yang dikaitkan dengan kanser pangkal rahim.

Amalkan gaya hidup sihat

  • Tidur/rehat yang mencukupi, mengekalkan berat badan optima, mengelakkan stress dan senaman dapat meningkatkan daya tahan tubuh secara optima bagi mencegah jangkitan dan menggalakkan penghasilan ‘anticancer killer cells’ iaitu sejenis sel darah putih yang dapat melindungi badan dari gejala kanser.
  • Amalkan pemakanan seimbang yang segar dan bernutrisi

Lakukan pemeriksaaan doktor secara berkala

  • Lakukan saringan seperti mammogram dan papsmear secara berkala.
  • Lakukan pemeriksaan darah untuk mengetahui status jangkitan helicobacter pylori pada perut ataupun jangkitan hepatitis B dan C pada hati.
  • Dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor seandainya berlaku sebarang perubahan dan tanda-tanda penyakit yang menggusarkan anda.

Amalkan pemakanan kesihatan yang dapat meningkatkan sistem imun anda.

  • Disini saya ingin mengesyorkan rangkaian produk Gaya Hidup Emas oleh Gamat Emas Sdn. Bhd. iaitu

Bioseed

Bagi menghindari proses penyerapan semula toksin dari usus-

Pati Gamat Plus Vita

Bagi menyembuh dalaman badan. Kesan penumbuhan sel menggalakkan penggantian sel rosak dengan sel baru. Kesan anti radang oleh gamat juga membantu mencegah kanser payudara. Turut meningkatkan sistem imun badan.

C3 Spirulina

Membekalkan nutrisi yang seimbang dan kaya dengan kesan antioksidan yang mampu mengatasi gejala radikal bebas yang boleh meyebabkan kanser.

Bio-H

Mengandungi kolostrum dan bahan penggalak rembesan semulajadi hormon tumbesaran HGH yang boleh merangsang daya imun yang kuat dan penghasilan anticancer killer cells.

Selamat mencuba!

Dr. dan Anda : Penyakit Asthma

Kesan Sampingan Ubat ‘Ajaib’ Untuk Merawat Penyakit Asthma

Soalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin meminta jasa baik dari pihak tuan mengenai masalah yang sedang saya hadapi…. Saya menghidap asthma sejak saya berusia 18 tahun. Sekarang saya berusia 24 tahun. Sebelum ini berat badan saya hanya 45 kg dengan ketinggian 154 cm namun, sejak saya makan sejenis ubat yang boleh meredakan asthma (yang saya peroleh dari farmasi di sebuah hospital) berat badan saya naik mendadak. Kata doktor, itu adalah kesan sampingan dari ubat yang saya ambil. Dalam masa yang sama sejak saya mengalami masalah kegemukan seluruh badan saya dipenuhi selulit. Urat-urat yang timbul berwarna merah gelap. Kata salah seorang pakar perubatan Cina selulit itu terjadi kerana masalah perjalanan darah saya yang tidak lancar dan mungkin juga ianya berpunca dari berat badan yang meningkat secara mendadak. Saya ingin meminta pandangan dari pihak tuan doktor agar masalah yang sedang saya alami dapat diatasi dengan segera. Terima kasih atas keprihatinan doktor.


Dari:
Shafiza Abd. Rahim
Pandan Indah, Kuala Lumpur.

Jawapan

Walaikumussalam dan terima kasih di atas soalan yang saya kira begitu berfaedah untuk dikongsi bersama pembaca sekalian terutamanya yang mempunyai masalah asthma ataupun lelah. Sebenarnya dari tanda-tanda yang saudari gambarkan itu iaitu kegemukan dan selulit berwarna merah gelap di seluruh badan adalah berkait rapat dengan kesan sampingan ubat yang saudari amalkan untuk meredakan masalah asthma yakni sejenis steroid yang dinamakan Prednisolone. Ia merupakan sejenis ubat yang sering diberikan kepada pesakit lelah yang turut dikenali sebagai ‘ubat paru-paru’ atau ‘ubat cegah lelah’. Ia selamat digunakan pada jangkamasa pendek (kurang dari 5 hari) namun, apabila diambil secara kronik atau berterusan, ianya akan menimbulkan beberapa kesan sampingan yang memudaratkan kesihatan. Apakah itu sebenarnya Prednisolone?


Prednisolone adalah sejenis ubat ‘magik’ yang berupaya untuk melegakan pelbagai masalah badan ataupun penyakit seperti alahan, resdung, ekzema, lelah, sakit sendi, gout, bengkak-bengkak, SLE, rhematoid athritis, radang usus seperti Crohn dan banyak lagi penyakit lain dengan begitu cepat dan berkesan. Ia merupakan sejenis ‘corticosteroid’ yang menyerupai ‘cortisol’ iaitu sejenis steroid yg dihasilkan secara semulajadi oleh kelenjar adrenal manusia. Ia bertindak sebagai sejenis agen anti radang yang paling kuat dan selalunya boleh melegakan penyakit dengan segera. Walaupun ia begitu berkesan akan tetapi ia juga mempunyai kesan sampingan yang sangat serius seandainya diamalkan secara berterusan terutamanya jika diambil tanpa kawalan doktor. Antara kesan sampingan yang di ketahui akibat pengambilan ubat ajaib ini ialah:


1.
Masalah penglihatan/mata merah/pandangan semakin kabur (steroid boleh meningkatkan tekanan cecair dalam mata menyebabkan glaukoma yang boleh menyebabkan buta akhirnya)
2.
Bengkak badan, peningkatan berat badan secara mendadak, sesak nafas (steroid menyebabkan penyimpanan air di dalam tubuh sehingga boleh menyebabkan keadaan pulmonary edema iaitu paru-paru berair)
3.
Kemurungan yang serius, perangai dan fikiran yang pelik, sawan (steroid boleh menganggu paksi hormon di bahagian otak)
4.
Najis yang hitam atau berdarah (steroid boleh menyebabkan luka pada perut ataupun ulser perut dan usus)
5.
Batuk berdarah (steroid boleh merendahkan sistem imun dan menyebabkan lebih mudah mendapat jangkitan TB / tuberculosis atau penyakit batuk kering)
6.
Sakit perut yang teruk (steroid boleh menyebabkan radang pankreas ataupun pancreatitis)
7.
Rasa bingung, berdebar, haus, kerap kencing (steroid menyebabkan kekurangan mineral Kalium atau Potassium)
8.
Sakit kepala dan tengkuk, bunyi pada telinga, kelabu mata (steroid meningkatkan tekanan darah secara ketara)
9.
Tulang mudah patah (steroid menyebabkan keadaan osteoporosis ataupun reput tulang)
10.
Masalah susah untuk tidur dan mudah baran
11.
Masalah kulit seperti jerawat, kulit kering, kulit menjadi nipis, mudah lebam dan berbalur termasuklah garisan seperti selulit di seluruh badan.
12.
Luka yang lambat sembuh
13.
Mudah berpeluh
14.
Sakit kepala, pening dan rasa berpusing
15.
Loya, kembung, sakit perut dan terlalu berselera
16.
Lemak berkumpul di bahagian lengan, muka (moon face) dan peha.
17.
dan banyak lagi.



Oleh itu, bagi kes saudari, saya syorkan untuk memberhentikan penggunaan ubat Prednisolone tersebut secara berperingkat (dapatkan nasihat doktor kerana memberhentikannya serta merta akan menyebabkan kesan yang juga serius) dan mendapat rawatan dan follow up secara teratur dari doktor pakar yang selalunya akan mengesyorkan perubatan moden menggunakan ubatan pil seperti tablet Ventolin, Bricanyll, Neulin dan lain-lain. Juga akan disyorkan penggunaan inhaler dengan cara yang betul. Antaranya ialah pam biru (selalunya Salbutamol inhaler) yang boleh digunakan apabila perlu dan akan memberi kesan serta merta di waktu menggunakannya. Ataupun pam berwarna perang (pam steroid seperti Pulmicort dan Becotide inhaler) yg mana perlu digunakan secara berterusan dan teratur setiap hari dan kesannya hanya akan dilihat selepas sebulan digunakan iaitu ia mampu mencegah dari mendapat serangan asthma. Pam perang ini tidak akan memberi kesan serta merta. Walaupun ianya mengandungi steroid namun lebih selamat digunakan memandangkan kesannya hanya setempat iaitu di paru-paru dan tidak menyebab kesan sampingan seluruh badan seperti yang dinyatakan di atas. Berapa kali dan banyak mana yang saudari perlu gunakan akan diketahui apabila membuat follow up di mana doktor akan cuba mengesyor dos yang tepat supaya serangan asthma dapat dicegah.


Asthma merupakan tindak balas hypersensitiviti badan yang mengakibatkan proses bronkokonstriksi (saluran pernafasan / paru-paru menyempit) dan proses inflammasi atau radang. Saudari dinasihatkan agar mengelakkan faktor-faktor yang boleh menyebabkan serangan lelah seperti emosi yang terganggu, senaman yang berlebihan, terdedah kepada habuk, asap dan bauan yang tengit, makanan atau minuman seperti makanan laut, beberapa jenis buahan seperti tembikai dan sayuran sejuk termasuklah air tebu. Faktor jangkitan seperti demam selsema juga boleh menyebabkan serangan lelah.


Dari sudut alternatif, saudari disyorkan mengamalkan pemakanan kesihatan bagi membantu masalah saudari. Saya syorkan penggunaan produk GESB iaitu Pati Gamat Plus 1 sudu besar 2x sehari digabungkan dengan pengambilan Bioseed 1 paket 2x sehari sebelum makan dan C3 Spirulina 1 sudu besar dibancuh dengan air 3x sehari. Krim Urut eMas diurut pada bahagian dada dan leher. Amalkan G-Café 2 cawan sehari. Gamat membantu melegakan lelah dengan mengurangkan tindak balas hipersensitiviti dan mengurangkan radang pada saluran pernafasan. Kahak akan lebih mudah dikeluarkan. Gatal tekak dan batuk malam juga dapat diatasi. Gamat juga boleh membantu mengatasi masalah kulit saudari kerana ianya mempunyai kesan penumbuhan sel baru. Sementara itu, kajian menunjukkan, kopi arabika dapat membantu untuk mencegah serangan lelah sebanyak 25%. Insya-Allah.

Saturday, July 4, 2009

Pencuci Muka

Pencuci Muka Gamat




d 110 Harga/Price
(Runcit)
Harga/Price
(Ahli)
BV
WM RM19.50 RM16.50 6
EM RM21.50 RM18.50
Kandungan : 100ml
WM: Malaysia Barat EM : Malaysia Timur
  • Formulasi saintifik ini menggunakan ekstrak gamat bagi mencuci dan membersihkan kulit muka agar lebih anjal, cantik dan lembut berseri.
  • Ia mudah meresap ke liang roma untuk membersihkan kotoran dan mengelakkan jerawat serta kulit berminyak.
  • Sesuai untuk mengurangkan iritasi kulit dan merangsang pertumbuhan kulit yang sihat.

Kandungan
Ekstrak gamat yang ditulenkan, ekstrak rumpai laut, cocamide DEA, Allantoin, Cocoglucoside, Tetrasodium EDTA dan Air Nyah-Ion

  • Scientifically formulated using Gamat extract helps to cleanse the skin and leaving it soft, clean and silky smooth.
  • It penetrates deep into the skin pores removing dirt and helps to overcome acne and oily skin.
  • Beneficial to reduce skin irritation and helps to stimulate healthy skin growth.

Ingredients
Purified Gamat extract, Seaweed extract, Cocamide DEA, Allantoin, Cocoglucoside, Tetrasodium EDTA