Sunday, July 5, 2009

Dr. dan Anda : Kanser

Jangkitan Kuman Boleh Menyebabkan Kanser

Soalan

Assalamualaikum Dr Syid. Saya tertarik untuk mengemukakan satu soalan yang agak menimbulkan kemusykilan saya. Bolehkah kuman menyebabkan kanser? Setahu saya, kuman hanya menyebabkan masalah jangkitan dan boleh dirawat dengan antibiotik. Tetapi baru-baru ini saya diberitahu oleh seorang sahabat saya bahawa kuman juga boleh menyebabkan kanser. Pelik kenyataan itu. Boleh tuan doctor jelaskan dan apakah langkah yang boleh diambil memandangkan jumlah pesakit kanser semakin meningkat dewasa ini? Terima kasih.

Dari

Siswazah yang musykil

Kuantan, Pahang.

Jawapan

Terima kasih di atas soalan yang menarik tersebut. Sememangnya ketika seorang saintis pada kurun ke-18, Louis Pasteur menjumpai bahawa kuman menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang dikaitkan dengan faktor jangkitan, para saintis masih belum mengaitkannya dengan penyakit kanser. Sejak kebelakangan ini, kajian telah membuktikan bahawa sememangnya ada beberapa jangkitan kuman sama ada virus, bakteria atau pun parasit boleh meningkatkan risiko untuk menghidapi kanser tertentu. Kajian telah menunjukkan bahawa kemungkinan faktor jangkitan oleh kuman bertanggungjawab sehingga 20% sebagai penyebab kanser di negara yang membangun. Walaubagaimanapun. seperti yang diketahui bahawa kuman boleh berjangkit dari individu ke individu, penyakit kanser tidak. Antara kuman yang boleh menyebabkan kanser termasuklah:

Virus

Virus terdiri dari sekelompok kecil bahan genetik yang diselaputi oleh kulit daripada protein. Ia memasuki sel manusia dan menggunakan bahan-bahan yang terdapat dalam sel untuk membiak. Virus akan memasukkan RNA atau DNA nya yang kadangkala dapat merubah RNA/DNA sel manusia bertukar menjadi sel asing iaitu kanser. Antara virus yang diketahui ialah :

  1. HTLV-1 ataupun Human T-cell lymphoma virus type 1. Ia boleh mengakibatkan kanser darah (lymphocytic leukemia) atau pun kanser kelenjar (non-Hodgkin’s lymphoma).
  2. HPV atau pun Human papillomavirusses. Ini adalah sekumpulan virus yang menyebabkan penyakit ketuat di kulit, mulut, tekak dan bahagian kemaluan. Sesetengah jenis HPV merupakan penyebab utama kanser pangkal rahim.
  3. HHV-8 ataupun Human herpes virus type 8. Ia bertanggungjawab menyebabkan penyakit Kaposi sarcoma dan multiple myeloma.
  4. EBV ataupun Epstein-Barr virus. Ia merupakan sejenis virus yang menyebabkan penyakit mononucleosis infectiosa yang mempunyai tanda seperti demam, sakit tekak dan bengkak kelenjar. Jangkitan berlaku melalui air liur. Dianggarkan lebih dari 90% orang dewasa pernah mengalami jangkitan ini tetapi sebahagian besar di kalangan mereka tidak berakhir dengan masalah kanser. Jenis kanser yang di kaitkan ialah kanser perut, kelenjar, tekak dan payudara.
  5. HIV atau Human immunodeficiency virus. Ia meningkatkan risiko kanser Kaposi sarcoma, kanser testis dan zakar.
  6. HBV/HCV ataupun Hepatitis B/C virus. Ia menyebabkan penyakit hati (hepatitis) yang apabila menjadi kronik, akan meningkatkan risiko kanser hati atau hepatoma. Dianggarkan di antara 25-50% kanser hati disebabkan oleh jangkitan ini.
Bakteria

Kuman bakteria pathogen adakalanya boleh dikaitkan kanser seperti :

  1. Helicobacter pylori yang menyebabkan gastritis kronik. Ia merosakkan lapisan lendir di permukaan perut yang boleh menyebabkan kanser perut.
  2. Chlamydia trachomatis boleh menjangkiti saluran peranakan wanita dan meningkatkan risiko kanser pangkal rahim.
Parasit

Sesetengah jenis cacing hidup di dalam badan manusia boleh meningkatkan risiko kanser. Antaranya :

  1. Opisthorchis viverrini dan Clonorchis sinensis. Cacing ini boleh meningkatkan risiko kanser saluran hempedu.
  2. Schistosoma haematobium yang menyebabkan penyakit schistosomiasis dikaitkan dengan kanser pundi kencing.

Harap dari penjelasan di atas saudari dapat memahami memang sebenarnya gejala kanser boleh dikaitkan secara langsung atau tidak langsung dengan faktor jangkitan kuman. Sebagai langkah pencegahannya, saya syorkan :

Elakkan faktor jangkitan

  • Elakkan hubungan seks rambang.
  • Berhati-hati apabila berhadapan dengan keadaan yang mana anda terdedah kepada cecair tubuh ataupun darah manusia.
  • Jaga kebersihan badan dan juga bahan makanan/minuman anda.
  • Dapatkan suntikan vaksin bagi mencegah jangkitan Hepatitis B dan juga jangkitan HPV yang dikaitkan dengan kanser pangkal rahim.

Amalkan gaya hidup sihat

  • Tidur/rehat yang mencukupi, mengekalkan berat badan optima, mengelakkan stress dan senaman dapat meningkatkan daya tahan tubuh secara optima bagi mencegah jangkitan dan menggalakkan penghasilan ‘anticancer killer cells’ iaitu sejenis sel darah putih yang dapat melindungi badan dari gejala kanser.
  • Amalkan pemakanan seimbang yang segar dan bernutrisi

Lakukan pemeriksaaan doktor secara berkala

  • Lakukan saringan seperti mammogram dan papsmear secara berkala.
  • Lakukan pemeriksaan darah untuk mengetahui status jangkitan helicobacter pylori pada perut ataupun jangkitan hepatitis B dan C pada hati.
  • Dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor seandainya berlaku sebarang perubahan dan tanda-tanda penyakit yang menggusarkan anda.

Amalkan pemakanan kesihatan yang dapat meningkatkan sistem imun anda.

  • Disini saya ingin mengesyorkan rangkaian produk Gaya Hidup Emas oleh Gamat Emas Sdn. Bhd. iaitu

Bioseed

Bagi menghindari proses penyerapan semula toksin dari usus-

Pati Gamat Plus Vita

Bagi menyembuh dalaman badan. Kesan penumbuhan sel menggalakkan penggantian sel rosak dengan sel baru. Kesan anti radang oleh gamat juga membantu mencegah kanser payudara. Turut meningkatkan sistem imun badan.

C3 Spirulina

Membekalkan nutrisi yang seimbang dan kaya dengan kesan antioksidan yang mampu mengatasi gejala radikal bebas yang boleh meyebabkan kanser.

Bio-H

Mengandungi kolostrum dan bahan penggalak rembesan semulajadi hormon tumbesaran HGH yang boleh merangsang daya imun yang kuat dan penghasilan anticancer killer cells.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment